fbpx

Remaja maut, rakan parah motosikal dinaiki terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis memeriksa motosikal mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 109.5 Jalan Ipoh - Butterworth dekat Bagan Serai malam tadi.

BAGAN SERAI – Seorang remaja maut manakala rakannya parah setelah motosikal yang dinaiki terlibat dalam kemalangan di Kilometer 109.5 Jalan Ipoh-Butterworth dekat sini malam tadi.

Kejadian kira-kira pukul 11.30 malam itu dipercayai berlaku apabila motosikal mangsa hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, kedua-dua mangsa menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha Y15 dari arah Pekan Bagan Serai menghala ke arah Taiping.

Menurut beliau, mangsa yang cedera adalah pembonceng motosikal, Muhammad Haziq Haikal Hussin, 16, manakala rakannya, Muhammad Amirul Safwan Abdul Haris yang sebaya parah.

“Setiba di tempat kejadian, motosikal dinaiki mereka telah terbabas dan melanggar pembahagi jalan menyebabkan kedua-duanya tercampak sebelum jatuh.

“Muhammad Haziq yang mendapat kecederaan parah pada bahagian kepala disahkan maut di tempat kejadian oleh pegawai perubatan,” katanya di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI