fbpx

Tiada kuarantin untuk pelancong asing di Bali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelaksanaan bebas kuarantin di Bali buat pelancong asing diawalkan seminggu. - Google

JAKARTA – Pemerintah Indonesia menamatkan proses kuarantin dan menyambung semula perkhidmatan VOA (Visa on Arrival) untuk pelancong asing di Bali, mulai hari ini (Isnin).

Sejak pandemik Covid-19 melanda dua tahun lalu, perkhidmatan VOA sudah dihentikan oleh negara itu. 

Menurut laporan laman berita Suara Merdeka, perkhidmatan VOA akan diberikan kepada negara-negara luar menerusi proses pemilihan yang komprehensif.

Langkah itu dijangka menjadikan sektor pelancongan Bali kembali aktif selepas dilanda pandemik Covid-19 sejak 2020.

Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, Sandiaga Salahudin Uno berkata, dasar itu baru sahaja diputuskan dalam satu mesyuarat pada hujung minggu lalu.

“Selaras arahan Presiden Joko Widodo, kami memutuskan bahawa mulai 7 Mac 2022, Bali akan menjadi lokasi bebas kuarantin bagi pelancong asing yang sudah menerima vaksinasi lengkap termasuk dos penggalak,” kata Sandiaga. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI