fbpx

Dividen LTAT 2021 4.1 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa dividen Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) bagi 2021 adalah sebanyak 4.1 peratus.

Menurutnya menerusi satu ciapan di laman Twitter, kadar dividen tersebut merupakan yang tertinggi sejak tahun 2018.

“Sukacita saya ingin memaklumkan dividen LTAT tahun 2021 adalah sebanyak 4.1 peratus, merupakan yang tertinggi sejak 2018.

“Tahniah Mindef (Kementerian Pertahanan) dan LTAT!,” katanya hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI