fbpx

Semak semula kurikulum atasi isu beg berat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) disarankan untuk menyemak semula kurikulum murid di sekolah bagi mengurangkan isu beg berat untuk jangka masa panjang.

Pakar pendidikan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Anuar Ahmad berkata, ini kerana faktor utama yang menyumbang kepada isu terbabit adalah bilangan mata pelajaran yang masih banyak dan silibus mata pelajaran yang padat.

“Sebagai pemerhati sistem pendidikan negara, saya menyambut baik keputusan KPM kerana bersedia mendengar pandangan rakyat dan mengambil tindakan susulan isu ini.

“Bagaimanapun, tujuh strategi yang diumumkan oleh KPM hari ini sekurang-kurangnya hanya dapat menyelesaikan isu berkenaan dalam jangka masa pendek,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr. Anuar Ahmad.

Menurutnya, tujuh strategi ini adalah hasil cadangan dari berbagai pihak diyakini akan dapat mengurangkan isu beg sekolah berat khususnya strategi penyediaan loker (untuk sekolah dua sesi) dan membenarkan buku disimpan di dalam laci meja (sekolah satu sesi) untuk anak-anak tahap satu.

Jelasnya lagi, begitu juga dengan strategi penggunaan buku teks digital, menghadkan bilangan dan jumlah muka buku latihan serta penyelarasan pakaian sekolah untuk kelas di bawah JAKIM.

Namun, katanya, apa yang menarik ialah keputusan KPM untuk mengurangkan bilangan waktu mata pelajaran dalam jadual harian.

“KPM juga buat keputusan yang tepat apabila menghadkan kepada tiga hingga empat mata pelajaran dalam satu hari.

“Bilangan buku teks dan buku latihan yang dibawa dapat dikurangkan secara siknifikan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI