fbpx

Rentak Liverpool terus tersusun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MANE (tengah) meledak gol kemenangan Liverpool ketika mereka berjaya menewaskan West Ham 1-0 di Anfield awal pagi semalam. – AFP

LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mengakui pasukannya bernasib baik ketika berjaya meraih kemenangan 1-0 ke atas West Ham United pada aksi Liga Perdana Inggeris di Anfield awal pagi semalam.

Kemenangan itu menyaksikan Liverpool terus memberikan tekanan tinggi ke atas pendahulu liga, Manchester City apabila kini hanya ketinggalan dengan tiga mata ketika saingan berbaki 11 perlawanan sahaja lagi musim ini.

The Reds berjaya meraih kemenangan hasil jaringan tunggal pemain tengahnya, Sadio Mane pada minit ke-27 yang sudah cukup untuk memberikan mereka tiga mata maksimum.

“Saya tidak pasti adakah kami akan mengingati perlawanan ini sebagai aksi yang paling penting. Jadual perlawanan sangat mencabar buat kami tetapi kami berjaya melakukannya dengan baik pada separuh masa pertama.

“Kami sedar bahawa West Ham adalah sebuah pasukan yang baik tetapi pada separuh masa pertama kami berjaya menafikan banyak peluang yang mereka miliki.

“Kami juga seharusnya dapat menjaringkan lebih daripada satu gol tetapi gagal biarpun perlawanan ini dilihat sangat terbuka. Saya beritahu pemain bahawa jika mereka tidak dapat menguasai perlawanan, mereka perlu bertahan dengan sepenuh hati dan itu yang mereka lakukan,” katanya.

Ketika ini, Liverpool dilihat berpeluang cerah untuk me­mintas City menjelang aksi ke­dua-dua pasukan di Etihad bulan depan sekiranya kedua-dua pa­sukan terus dengan rentak kemenangan sehingga perlawanan itu berlangsung.

“Sudah tentu kami sangat berminat dengan perlawanan tersebut. Tetapi, kami akan memberikan fokus dalam semua perlawanan yang dihadapi untuk meraih kemenangan bukan perlawanan menentang City sahaja,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI