fbpx

Penganggur tidak sempat edar ketum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sejumlah air ketum ditemui di dalam kereta jenis Proton Wira di Jalan Sungai Burung, Balik Pulau semalam.

BALIK PULAU – Taktik licik seorang penganggur lelaki menyembunyikan bungkusan ketum atau lebih sinonim dengan panggilan ‘cakaroi’ di dalam plastik sampah berwarna hitam untuk diedar kepada pelanggan akhirnya terbongkar apabila diberkas polis di tepi Jalan Sungai Burung, Mukim H di sini semalam.

Lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 40-an itu diberkas sepasukan anggota polis dari Balai Sungai Korok semasa memandu sebuah kereta jenis Proton Wira kira-kira pukul 10.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, suspek diberkas semasa anggota terbabit sedang menjalankan tugasan cegah jenayah di kawasan berkenaan.

Menurutnya,hasil pemeriksaan lanjut telah menjumpai bungkusan plastik hijau dan hitam di bahagian tempat duduk penumpang dan but belakang kereta yang dipandunya seorang diri.

“Masing-masing 13 bungkusan plastik yang berisi 676 bungkusan plastik lutsinar itu didapati mengandungi cecair disyaki ketum.

“Soal siasat juga mendapati setiap bungkusan ketum dijual pada harga RM5 sebungkus dan jumlah keseluruhan rampasan tersebut bernilai RM3,380,” katanya menerusi kenyataan di laman sosial Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI