fbpx

PRN Johor: Adakalanya yang lama lebih selesa- Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD Zahid ketika berucap di hadapan penduduk sempena majlis Ceramah PRN di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Sarang Buaya, Muar, hari ini. - Foto oleh NUR ALINA HASSAN

MUAR – “Kadang-kala dah tukar baju baharu tak sedap, tukar kasut baharu pula ketat. Rasa yang lama juga lebih selesa,” demikian kiasan diberikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang menyelar kenyataan beberapa pembangkang mengenai tempoh pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) terlalu lama.

Ujar Ahmad Zahid, adakalanya pembaharuan itu tidak perlu sekiranya kerajaan sedia ada stabil dan mampu menjaga kebajikan rakyat meskipun telah memerintah sejak lebih 60 tahun.

“Saya tahu ramai rakyat dahulu termakan dengan pembohongan mereka mengenai isu 1MDB, malah menjadikan modal bahawa kerajaan kita terlalu lama. Kita harus sedar adakala yang lama ini lebih stabil dan terbukti kerja- kerja mereka.

“Sebagai contoh saya sentuh di Johor, sepanjang dua pentadbiran menteri besar selepas Pilihan Raya Umum (PRU) lalu iaitu sebelum pimpinan di bawah Datuk Seri Hasni, kedudukan negeri ini jatuh dari kedudukan pertama ke tangga ke-8. Apa mereka buat dalam manifesto yang diperkenalkan sebelum ini?” soalnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan penduduk sempena majlis Ceramah Pilihanraya di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Sarang Buaya, di sini, hari ini.

Ahmad Zahid berkata, di bawah pimpinan BN, segala manifeto dan keperluan rakyat akan dipelihara selain janji mereka untuk memastikan Johor kembali menjadi negeri pertama menerajui ekonomi negara seperti sebelum ini.

Sementara itu ketika ditanya mengenai serangan parti lain terhadap BN dalam tempoh berkempen di PRN Johor, beliau menegaskan
itu adalah perkara biasa sepanjang berkempen bagi tujuan mengelirukan pengundi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI