fbpx

JKR bina parit atasi air bertakung di Jalan Ampang-Jelapang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan air bertakung di Jalan Ampang-Jelapang akibat hujan lebat menyebabkan kesesakan semalam dan laluan dilencongkan.

IPOH – Peruntukan telah pun dimohon daripada kerajaan untuk menyelesaikan masalah air bertakung di Jalan Persekutuan di Jalan Ampang-Jelapang dekat Gunung Lang di sini yang sering dinaiki air jika hujan lebat.

Ini kerana kejadian berpunca daripada pembentung yang tersumbat di sepanjang lokasi tersebut.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kinta dalam satu kenyataan memberitahu, peruntukan tersebut baharu sahaja diluluskan.

Menurut kenyataan itu, JKR Kinta telah mengambil tindakan jangka pendek dengan membuat longkang tana bersebelahan laluan pembentung tersebut sementara menunggu kerja pembaikan kekal.

“Memandangkan jalan tersebut adalah Jalan Persekutuan, peruntukan telah dipohon dari Ibu Pejabat JKR Malaysia dan baru saja diluluskan.

“Ia bagi kerja pembaikan kekal iaitu menukar pembetung kepada longkang terbuka. Kerja-kerja akan dimulakan dalam masa terdekat oleh pihak konsesi, Belatiwangsa,” ujar kenyataan itu.

Semalam, hujan lebat bermula pukul 5 petang menyebabkan jalan berkenaan dinaiki air sehingga berlaku kesesakan hampir satu jam apabila kedua-dua lorong ditutup.

Lalu lintas telah dilencongkan sementara melalui Gunung Lang dan Jalan Kuala Kangsar sehingga lewat malam bagi mengelakkan kesesakan.

Pihak kontraktor pula melakukan kerja-kerja mengepam air dan surut sepenuhnya pukul 4 pagi tadi.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI