fbpx

MAFI anjur DIA2022 di Segamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ronald (dua dari kiri) semasa menyertai Jelajah Dialog Industri Makanan 2022 (DIA2022) di Segamat, Johor hari ini.

SEGAMAT – Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) melalui Jabatan Pertanian Malaysia menganjurkan program Jelajah Dialog Industri Makanan 2022 (DIA2022) di daerah ini hari ini.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, program itu bertujuan mendapatkan input, idea, pandangan dan cadangan daripada pemain subsektor tanaman melalui sesi libat urus secara langsung bersama pihak pengurusan MAFI.

“Sesi dialog sebegini diadakan secara bersiri dan berterusan di peringkat negeri-negeri untuk terus memperkukuhkan agenda Sekuriti Makanan Negara.

“Cadangan dan input daripada pemain industri diperhalusi dalam menambah baik dasar dan pelan tindakan seiring dengan peranan kementerian ini untuk mentransformasikan sektor pertanian ke arah yang lebih moden, dinamik dan berdaya saing sekaligus mempertingkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada golongan sasar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Turut hadir sebagai panel dialog pada program tersebut ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) MAFI, Datuk Badrul Hisham Mohd. dan Ketua Pengarah Jabatan Pertanian Malaysia, Datuk Zahimi Hassan.

Jelajah DIA2022 merupakan program secara bersasar yang telah dirancang oleh MAFI dengan tema ‘Pemodenan dan Produktiviti Menjamin Sekuriti Makanan’ ekoran kejayaan Program Dialog Industri Agromakanan.pada 10 Februari 2022 di Dewan Serbaguna MAFI.

Program itu melibatkan terus pemain industri dalam sektor agromakanan meliputi subsektor padi, tanaman, ternakan, perikanan dan keseluruhan rantaian agromakanan termasuk kementerian, jabatan serta agensi lain yang berkepentingan dalam sektor agromakanan.

Dialog itu diadakan bagi mendapatkan pandangan dan cadangan dalam memacu hala tuju sektor agromakanan khususnya berkaitan sekuriti makanan supaya seiring dengan keperluan semasa kearah pemodenan sektor pertanian dan jaminan bekalan makanan negara di bawah Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0).

Ronald turut menyampaikan Sijil Amalan Pertanian Baik Malaysia (myGAP) bag subsektor tanaman kepada 18 usahawan tani
Segamat dan lesen peralatan menangkap ikan kepada 10 nelayan darat.

Turut disampaikan sumbangan MAFI Prihatin berupa bakul makanan dan sumbangan daripada pihak industri bernilai RM52,500 kepada 150 mangsa yang terjejas akibat banjir di Segamat.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI