fbpx

Shahar Abdullah selamat berkahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Zafrul hadir ketika majlis perkahwinan Shahar Abdullah bersama isterinya Syarifah Nur ‘Insyirah, semalam.

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Indera Shahar Abdullah selamat melangsungkan majlis perkahwinannya dengan pilihan hati Datin Dr. Sharifah Nur ‘Insyirah, semalam.

Perkara itu dikongsikan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menerusi satu hantaran di laman Facebook miliknya hari ini.

“Memang sama cantik dan sama padan, bagai pinang dibelah dua.

“Mesti ramai gadis-gadis terkilan bila YB (Yang Berhormat) Shahar melangkahkan kaki ke alam perkahwinan.

“Tapi jangan kecewa, kumbang bukan seekor. InsyaAllah akan dijodohkan dengan jejaka lain yang sama hebat,” katanya.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul turut mengucapkan tahniah kepada Shahar kerana telah bergelar suami.

“Dan kesabaran menanti bertahun-bertahun akhirnya terbalas dengan kehadiran Affa di dalam hidup kamu.

“Semoga dilimpahi dengan keberkatan dan sentiasa berbahagia,” ucap beliau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI