MOSCOW – Perdana Menteri Israel, Naftali Bennett mengadakan pertemuan dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin di Moscow, semalam, bagi membincangkan mengenai konflik peperangan dengan Ukraine, lapor portal berita Middle East Eye.
Sejurus selepas pertemuan tersebut, Bennett bercakap dengan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy, menerusi satu panggilan telefon, kata pegawai.
Menurut jurucakap Bennett, langkah itu diselaraskan dengan sekutunya, Amerika Syarikat, Jerman dan Perancis.
Tindakan Israel itu dilihat sebagai cubaan untuk menjadi orang tengah bagi konflik antara Rusia dengan Ukraine.
Menteri Luar Israel, Yair Lapid sebelum ini menyelar serangan Rusia ke atas Ukraine dan menyifatkannya sebagai ‘melanggar aturan dunia’.
Sementara Moscow pula membalas kecaman itu dengan mengutuk penempatan haram Israel di Bukit Golan dalam wilayah Syria. – AGENSI