fbpx

214 kes kategori 3,4 dan 5; 27,143 kes sembuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebanyak 214 kes daripada 33,406 kes jangkitan Covid-19 yang dilaporkan semalam melibatkan kategori tiga, empat dan lima.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, mengikut pecahan, kategori satu sebanyak 13,157 kes (39.39 peratus) dan kategori dua sebanyak 20,035 kes (59.97 peratus).

Menurutnya, kategori tiga pula sebanyak 92 kes (0.28 peratus), kategori empat sebanyak 69 kes (0.20 peratus) dan kategori lima 53 kes (0.16 peratus).

“Daripada 214 kes kategori tiga, empat dan lima, 60 kes (28.04 peratus) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi, 101 kes (47.20 peratus) telah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak dan 53 kes (24.77 peratus) telah menerima dos penggalak.

“Selain itu, 96 kes (44.86 peratus) berumur 60 tahun dan ke atas, 70 kes (32.71 peratus) mempunyai komorbid dan satu kes (0.47 peratus) ibu mengandung,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, sebanyak 27,143 kes sembuh dilaporkan dengan jumlah kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 3,250,793 kes serta 371 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi manakala, 226 kes memerlukan bantuan pernafasan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI