fbpx

Melaka United ‘dibaham’ The Phoenix

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Percubaan yang dilakuka Ifedayo (tengah) berjaya ditepis penjaga gol PJ City, Kalamullah.

PETALING JAYA – Pasukan Melaka United memulakan kempen Liga Super musim 2022 dengan langkah sumbang selepas tewas 0-1 kepada Petaling Jaya City (PJ City) sebentar tadi.

Pada aksi di Stadium MBPJ itu, skuad Hang Jebat yang dibimbing oleh pengendali import, Risto Vidakovic membariskan kesebelasan terbaik dengan jentera serangan diketuai Ifedayo Olusegun.

Ifedayo yang juga penjaring gol terbanyak Liga Super bersama Selangor FC berjaya memberi kesukaran buat benteng tuan rumah dengan beberapa peluang tetapi gagal menguji penjaga gol, Kalamullah Al-Hafiz.

Situasi tersebut dimanfaat oleh PJ City dengan melakukan serangan balas pantas yang berjaya membuahkan gol hasil ledakan cantik S. Kumaarhan
pada minit ke-43.

Kumaarhan yang mewakili Melaka United pada saingan musim lepas hampir meledak gol kedua peribadi berselang dua minit kemudian tetapi percubaannya berjaya diselamatkan oleh penjaga gol pasukan pelawat, Norazalan Razali.

Bersambung pada babak kedua, pasukan Melaka semakin berusaha untuk memburu gol penyemaan tetapi PJ City berjaya bertahan dengan cemerlang.

Skuad The Phoenix pula hampir menambah jaringan tetapi rembatan Darren Lok pada penghujung perlawanan tetapi gagal menerjah jaring dan keputusan 1-0 kekal sehingga tamat perlawanan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI