fbpx

Kelantan FC tewaskan JDT II 2-1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Feroz menerbangkan badan sambil menanduk bola pada perlawanan Liga Premier menentang Kelantan FC di Stadium Larkin, Johor Bahru malam ini menyaksikan JDT II tunduk kepada Kelantan FC 2-1.

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta’zim II (JDT II) tewas 1-2 kepada Kelantan FC di laman sendiri pada aksi pembukaan Liga Perdana di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin di sini malam ini.

Pertembungan itu bagaimanapun menyaksikan perlawanan seimbang antara kedua-dua pasukan yang saling berbalas serangan sebaik sepak mula bagi memburu gol pembukaan.

Pasukan pelawat terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ketujuh hasil jaringan Natanael Siringo Ringo menerusi serangan balas pantas sebelum bijak menewaskan penjaga gol, Izham Tarmizi.

Tersentak dengan jaringan itu, JDT II terus menggandakan asakan bagi menyamakan kedudukan menerusi percubaan Umar Hakeem Suhar Rezwan pada minit ke-17 namun rembatannya melewati palang.

Lima minit berselang, peluang sekali lagi berjaya dihasilkan pasukan tuan rumah berpunca daripada sepakan sudut tetapi tandukan Feroz Baharudin tepat ke arah penjaga gol.

Sebelum tamat babak pertama, Ahmad Hazwan Bakri berpeluang menguji kecekapan penjaga gol, Ahmad Solehin Mamat namun gagal berbuat demikian.

Bersambung babak kedua, Daniel Amier Norhisham mempunyai peluang keemasan untuk memecahkan kebuntuan buat JDT II namun percubaannya dihadang benteng pertahanan lawan.

Daryl Sham yang dibawa masuk pada awal babak kedua mengubah rentak permainan JDT II yang lebih meyakinkan dan berjaya mengucar-kacirkan benteng pertahanan The Red Warriors.

Daryl Sham akhirnya berjaya membantu pasukan untuk menyamakan kedudukan apabila meledak gol menewaskan Ahmad Solehin pada minit ke-74.

Kedua-dua pasukan masing-masing tidak menunjukkan kepenatan apabila rancak silih berganti memburu gol kemenangan bagi memburu tiga Mata pertama pada perlawanan pembukaan ini.

Ketika perlawanan dilihat berakhir dengan keputusan seri dan berkongsi mata, pasukan pelawat mengejutkan JDT II apabila meledak gol pada minit akhir perlawanan.

Gol kemenangan Kelantan itu dijaringkan oleh pemain gantian, Jasmir Mehat yang mudah menolak masuk umpanan Fazrul Amir Md. Zaman pada hujung permainan untuk membawa pulang tiga mata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI