fbpx

Iklan jualan kereta kebal Rusia di eBay palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Iklan kereta kebal tersebut sebenarnya hanyalah sebuah alat permainan. – eBay

WASHINGTON – Satu iklan jualan di laman e-Dagang, eBay yang mendakwa menjual kereta kebal milik tentera Rusia telah disahkan palsu, lapor akhbar Metro UK semalam.

Iklan tersebut dimuat naik di eBay baru-baru ini dengan dakwaan bahawa kereta kebal itu adalah milik tentera Rusia yang dirampas penduduk Ukraine.

Bagaimanapun, sekiranya pembeli membaca butiran dengan betul, penjual produk yang diiklankan sebagai ‘Russian tank T72’ itu bagaimanapun mengakui bahawa ia sebenarnya hanyalah sebuah alat permainan.

“Ini bukan kereta kebal sebenar, namun hanya sebuah alat permainan seperti yang dapat dilihat pada gambar-gambar berikutnya. 

“Sebahagian daripada hasil jualan akan disalurkan kepada badan kebajikan untuk membantu pelarian Ukraine,” demikian menurut penjual produk tersebut.

Setakat ini, produk itu telah menerima lebih 30 bidaan dan dinilai pada harga £7,500 (RM41,464). 

Bagaimanapun, ia dikatakan bukan merupakan iklan tulen eBay kerana kebanyakan bidaan datang daripada beberapa akaun yang sama. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI