fbpx

Norza yakin keputusan BAM tepat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORZA percaya langkah mengetengahkan pemain pelapis dan remaja membantu negara melahirkan lebih ramai pemain terbaik dan tidak ketandusan bakat baharu.

PRESIDEN Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria yakin tindakan menghantar pemain pelapis dan remaja menyertai temasya Sukan SEA Hanoi pada Mei ini adalah langkah tepat melahirkan lebih ramai pemain terbaik.

Norza menegaskan risiko yang diambil persatuan itu ketika menghantar barisan muda ke Sukan SEA Manila di Filipina 2019 mendatangkan hasil dengan lahirnya bintang-bintang terbaik seperti Lee Zii Jia, S. Kisona dan gadingan Aaron Chia dan Soh Wooi Yik termasuk berjaya mengondol pingat emas.

Justeru, Norza berkata, BAM akan kekal meneruskan program peremajaan pasukan kebangsaan untuk memastikan Malaysia tidak ketandusan pemain-pemain baharu.

“Kita berharap pemain-pemain yang diberi peluang mewakili negara akan dapat membawa cabaran negara di Sukan SEA dan seterusnya cuba sedaya upaya mencapai kejayaan buat Malaysia.

“Kalau lihat bermula dari Sukan SEA Filipina (2019) BAM te­lah mengetengahkan pemain-pemain muda dan ia menunjukkan hasil ketika Lee Zii Jia memena­ngi pingat emas bersama-sama Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan S.Kisona, ia merupakan pencapaian terbaik (BAM) dalam masa 40 tahun di Sukan SEA.

“Kita akan meneruskan program peremajaan pasukan de­ngan berharap tiada lagi isu ketandusan pemain-pemain baharu. Buat pertama kalinya, kita bukan sekadar menghantar pemain pelapis, malah pemain remaja juga akan diketengahkan di Sukan SEA,” katanya.

Pada Sukan SEA di Filipina, skuad badminton negara berjaya meraih tiga emas menerusi acara perseorangan lelaki menerusi Zii Jia sementara Aaron-Woi Yik dan Kisona ma­sing-masing meraih emas dalam acara beregu lelaki dan perseorangan wanita.

Rabu lepas, BAM memutuskan kombinasi pemain pelapis dan remaja akan dihantar membawa cabaran negara pada Sukan SEA Hanoi dari 12-23 Mei memandang­kan penganjuran temasya sukan itu bertindih dengan kejohanan berprestij Piala Thomas dan Piala Uber di Bangkok, Thailand pada 8-15 Mei.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI