fbpx

Malbatt 850-9 terima Pingat PBB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Megat Maz Ardi (kanan) menerima Pingat PBB yang disampaikan Massimiliano di Kem Marakah, Lebanon pada Khamis lalu.

MARAKAH (Lebanon) – Penugasan anggota Malbatt 850-9 diiktiraf apabila menerima penganugerahan Pingat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Kem Marakah di sini Khamis lalu.

Bahagian Perhubungan Awam Malbatt 850-9 memberitahu, majlis pemakaian pingat disempurnakan oleh Komander Sektor Barat UNIFIL, Brig Jen Massimiliano Stecca.

Menurut kenyataan itu, Komander Malbatt 850-9, Kolonel Megat Maz Ardi Nohuddin mengetuai penerimaan pingat tersebut.

“Ia bukan sahaja sebagai tanda penghargaan tetapi juga suntikan moral yang akan memberi inspirasi kepada anggota pengaman.

“Penganugerahan pingat itu juga dapat memberi impak positif dalam perkhidmatan yang lebih baik pada masa-masa akan datang,” ujar kenyataan itu.

Majlis turut dihadiri Datuk Bandar Marakah, Adel Saad dan lain-lain pegawai kanan.

Pingat PBB layak diberikan kepada mana-mana anggota pengaman yang bertugas di bawah misi PBB melebihi 90 hari.

Malbatt 850-9 yang dihantar pada September tahun lalu juga melibatkan penugasan paling ramai anggota wanita Angkatan Tentera Malaysia dalam misi pengaman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI