fbpx

Empat hala tuju digariskan ke arah Malaysia Negara Taman Terindah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri diberi penerangan oleh Datuk bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) Datuk Hafiz Ahmad mengenai jenis tanaman pokok didalam balang kaca sempena Sambutan Hari Landskap Negera di Taman Eko Flora, Johor Bahru disini. FOTO RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Kerajaan menggariskan empat hala tuju pembangunan landskap negara dalam usaha menjadikan Malaysia Negara Taman Terindah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, hala tuju itu penting untuk pembangunan landskap bagi tempoh 25 tahun akan datang supaya ia menjadi lebih maju serta menawarkan kualiti landskap yang unggul bagi dinikmati generasi akan datang.

Beliau berkata, hala tuju pertama adalah memperkemas sistem jaringan landskap negara dengan menyediakan infrastruktur hijau menerusi pendekatan program pembangunan landskap yang menyeluruh.

“Kedua adalah mendaya upaya potensi dan nilai ekonomi industri supaya ia menjadi satu sumber pulangan dan ekonomi baharu negara.

“Ketiga, melindungi aset landskap Keluarga Malaysia secara perundangan bagi memastikan aset landskap dapat dilindungi,”katanya semasa berucap pada Hari Landskap Negara 2022 di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis berkenaan, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Menteri Besar Johor dan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad.

Tambah Ismail Sabri, hala tuju terakhir yang digariskan adalah mempertingkat kualiti perkhidmatan landskap negara yang lengkap di peringkat agensi, negeri dan tempatan supaya perkhidmatan
yang terbaik dapat diberikan kepada Keluarga Malaysia.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI