fbpx

Zizi Kirana mahu berduet dengan suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZIZI KIRANA kini muncul dengan single baharu berjudul Pijak.

PETALING JAYA – Lima bulan bergelar isteri kepada Yusuf Bahrin membuka mata penyanyi rap, Zizi Kirana mengenai bakat terpendam suaminya mempunyai vokal agak baik.

Katanya, walaupun kecenderungan mereka terhadap genre muzik yang berbeza, Zizi menyimpan hasrat berpadu suara dengan insan kesayangannya itu suatu hari nanti.

“Di rumah kami memang mempunyai set karaoke untuk saya mengasah suara atau melepaskan gian selepas lama tidak mengadakan persembahan secara langsung.

“Tapi hakikatnya macam suami yang selalu berkaraoke pelbagai jenis dendangan terutama lagu popular daripada band dalam dan luar negara.

“Saya selalunya pandang dari jauh saja sebab rasa seronok tengok dia bersungguh-sungguh menyanyi. Dia ada suara. Mungkin siapa tahu satu hari nanti kami dapat berduet.

“Cuma saya belum lagi buka mulut pasal idea ini. Kalau nak ke arah itu pun mungkin ambil masa sebab genre muzik kami berbeza,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran single terbaru berjudul Pijak.

Bercakap tentang lau terbaharunya itu, pemilik nama sebenar Nur Fazelah Mad Tahil, 37, itu turut mengakui gementar menanti penerimaan ramai memandangkan ini adalah penampilan pertamanya dengan lagu baharu sejak berhijab.

“Banyak perkara bermain di fikiran memandangkan sudah dua tahun tiada produk selain takut orang tak boleh terima saya yang sudah berhijab membawakan lagi lagu rap.

“Semua itu membuatkan saya gemuruh namun sejak MV Pijak dikongsi, rata-rata komen semua positif dan lucunya sampai admin laman sosial saya terkejut kerana tiada langsung kecaman.

“Cuma sebelum itu saya dan pasukan duduk berbincang untuk hasilkan video yang macam mana kerana menari tidaklah boleh selincah dulu. Nampaknya percaturan kami ‘menjadi’.

“Cabaran untuk terbitkan lagu dan MV juga besar apabila ambil masa setahun untuk disempurnakan berikutan fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga kami buat saja demo di rumah. Apa pun, penantian ini berboloi,” katanya.

Diterbitkan Def Jam Malaysia, Pijak adalah dendangan yang menyuntik semangat individu lain supaya bangkit daripada dibuli atau tidak ambil kesempatan terhadap orang lain.

Video muzik (MV) karya nukilan Zizi bersama Navigator dan Mambang yang juga kesinambungan daripada dendangan popularnya sebelum ini, Eh meraih hampir 300,000 tontonan dalam YouTube rasmi selepas lima hari dilancarkan.

“Antara maklum balas yang saya dapat adalah luahan insan yang berdepan situasi dipijak dengan mendedahkan mereka mengakui seolah-olah mendapat semangat untuk tidak lagi membiarkan diri ditindas selepas mendengar lagu ini.

“Bagi saya, membawakan lagu seumpama ini antara cara saya berkongsi sesuatu yang bermanfaat untuk insan lain, malah turut mengingatkan diri jangan berbuat perkara sedemikian.

Kata pemenang Persembahan Terbaik di Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL 35) itu lagi, mereka turut mengekalkan pengarah video muzik yang sama dengan lagu Eh iaitu Hasif Hamid.

Hanya sehari saja untuk disiapkan, Zizi mendedahkan sepatutnya Yusuf turut muncul dalam video muzik tersebut tetapi pada saat akhir jadualnya bertindih dengan perkara lain.

“Memang patut suami saya tampil dalam MV Pijak ini tetapi bukan rezeki kami untuk muncul berdua. Apa pun selepas kerja penggambaran MV bermula, dia sempat menemani saya.

“Rasa lebih bersemangat apabila suami teman. Dia pun jenis yang bagi kebebasan untuk saya berkarya tetapi sebagai isteri tentu saja saya perlu pandai menjaga batas.

“Yusuf juga antara insan terdekat yang sentiasa berikan semangat terutama ketika saya risau berdepan dengan penerimaan ramai terhadap lagu Pijak,” kongsi wanita asal negeri di bawah bayu itu.

Terdahulu, Zizi selamat bergelar isteri kepada aktor Yusuf Bahrin, 30, pada 19 September tahun lalu hanya selepas dua bulan mengenali hati budi. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI