fbpx

Amaran ribut petir di Kelantan, Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan negeri Kelantan dan Sabah tengah hari ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan yang dikeluarkan di Facebook memaklumkan, antara kawasan yang terlibat di Kelantan adalah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh.

Selain itu, cuaca buruk yang sama turut tertumpu bagi beberapa kawasan di Sabah.

“Ia temasuklah sekitar Pendalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang. Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Sandakan (Beluran dan Sandakan) serta Kudat (Pitas dan Kudat).

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” katanya di sini hari ini.

Menurut MetMalaysia, hujan lebat serta ribut petir di dua negeri terlibat dijangka berlarutan sehingga pukul 3 petang nanti.

Jelasnya, amaran tersebut adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Terbaharu, di Kelantan masih terdapat seramai 2,433 mangsa banjir yang ditempatkan di 10 pusat pemindahan sementara (PPS) ketika ini.

Kenyataan tersebut dilaporkan menerusi portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI