fbpx

Roket lama langgar Bulan, semua tidak mahu mengaku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR yang disiarkan pada 11 Januari 2019 dan dirakam oleh kenderaan penjelajah Yutu-2 menunjukkan kapal angkasa Chang’e -4 di kawasan jauh Bulan. - AFP

WASHINGTON – Sebuah roket yang meluncur di angkasa lepas selama bertahun-tahun terhempas di Bulan semalam, namun pelanggaran tersebut tidak dapat disaksikan secara langsung dan masa diperlukan untuk mendapatkan bukti fotografi.

Impak itu dipercayai berlaku pukul 8.25 malam semalam (waktu Malaysia) di kawasan jauh Bulan, kata Bill Gray yang merupakan ahli astronomi pertama meramalkan pelanggaran tersebut.

“Meluncur di angkasa lepas pada kelajuan sekitar 9,300 kilometer sejam, objek seberat 4 tan itu boleh mencetuskan kawah dengan diameter antara 10 meter hingga 20 meter,” kata Gray.

Kelajuan, trajektori dan masa impak roket itu dikira menggunakan teleskop balai cerap.

“Melainkan objek itu dialihkan oleh tangan besar (kuasa Tuhan), ia melanggar Bulan pagi ini (waktu Amerika Syarikat),” jelas Gray. 

Dalam perkembangan berkaitan, proses mengenal pasti identiti roket lama itu mencetuskan perdebatan. Ia ekoran sehingga kini, tiada entiti rasmi yang bertanggungjawab menyenaraikan dan mengesan sampah angkasa lepas.

Gray merupakan seorang kontraktor bebas yang menghasilkan perisian pengiraan orbit yang digunakan oleh Pentadbiran Areonautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) . Dia menjejaki serpihan angkasa lepas yang dihasilkan oleh manusia supaya saintis-saintis tidak keliru dan menyangka sampah tersebut adalah asteroid.

Pada awalnya, Gray menyangka objek itu adalah roket SpaceX tetapi menukar fikiran kemudian dan berkata, ia adalah enjin penggalak peringkat ketiga roket Chang’e 5-T1 yang dilancarkan pada 2014.

China bagaimanapun menyangkal dakwaan Gray. Menurut Beijing, enjin penggalaknya ‘selamat’ memasuki atmosfera Bumi dan hangus sepenuhnya. 

Namun, Gray berkata, China keliru tentang dua misi angkasa lepas yang mempunyai nama serupa, manakala kenyataan Beijing itu merujuk kepada roket yang dilancarkan lama kemudian. 

Walau apa sekali pun, hanya Pengorbit Bulan milik NASA dan kapal angkasa India, Chandrayaan-2, yang kedua-duanya mengelilingi Bulan, boleh merakam gambar kawah tersebut.

Masa antara beberapa minggu hingga berbulan-bulan pula diperlukan bagi tujuan tersebut. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI