fbpx

Parkour bentuk keyakinan Hazlami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAZLAMI mula terlibat dalam sukan parkour sejak tahun 2016.

KUALA LUMPUR – Bagi sesete­ngah orang, sukan ekstrem parkour terlalu menakutkan untuk diceburi namun seorang pemuda, Hazlami Zharif, 27, berpendapat sebaliknya.

Menurut jejaka dari Ipoh, Pe­rak itu, parkour merupakan sukan yang mampu menerapkan disiplin dalam diri, bahkan mampu meningkatkan keyakinan diri.

Katanya, persediaan rapi perlu dilakukan oleh peminat sukan tersebut sebelum melakukan sebarang aksi kerana parkour memerlukan atlet sentiasa berada dalam keadaan fizikal terbaik.

“Sebelum berjinak-jinak dengan parkour pada 2016, saya aktif melakukan senaman jalanan Ca­listhenics (senaman kecergasan tubuh), namun kecederaan bahu membuatkan saya bertukar ke sukan ekstrem tersebut.

“Antara sebab saya memilih sukan parkour adalah ia banyak menggunakan kekuatan kaki terutamanya menerusi aksi seperti lompatan dan larian,” katanya kepada Kosmo! di sini baru-baru ini.

Hazlami berkata, dia banyak mempelajari teknik-teknik lompatan sukan tersebut menerusi penggiat sukan parkour tempatan, selain menjadikan v­ideo luar negara sebagai rujukan.

Katanya, antara teknik lompatan adalah lompatan belakang (back flip), lompatan hadapan (front flip), lompatan tepat (precision jump) dan lari langkah panjang (striding).

“Tidak mustahil bagi seseorang untuk melakukan lompatan-lompatan tersebut, namun ia memerlukan persediaan, latihan dan keyakinan diri,” katanya yang meminati pakar parkour dari Ireland, George McGowan.

Bagaimanapun katanya, kecederaan tidak dapat dielakkan dalam sukan tersebut dan risiko tersebut boleh dikurangkan de­ngan latihan yang konsisten.

“Adalah biasa untuk mendapat kecederaan pada lutut atau buku lali kerana sukan ini melibatkan lompatan. Paling tidak pun akan mengalami kecederaan luar iaitu di kulit.

“Sebab itulah mereka yang baru berjinak dengan sukan ini perlu mendapatkan bimbingan pelatih mahir serta menggunakan gimnasium dengan permukaan lantai lembut untuk latihan peringkat awal,” ujarnya.

Setelah mahir teknik lompatan asas, katanya, barulah seseorang digalakkan untuk bertukar lokasi latihan ke kawasan yang permukaannya lebih keras se­perti di lantai konkrit bangunan-bangunan tinggi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI