fbpx

Isteri maut, suami parah ketika uruskan dokumen umrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motor mangsa

MELAKA – Perjalanan sepasang suami isteri menguruskan dokumen umrah berakhir tragedi apabila salah seorang daripadanya maut dalam nahas di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) berhampiran Melaka Sentral di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.50 petang itu, mangsa, Adawiyah Zakaria, 41, yang membonceng motosikal jenis Modenas GT dilaporkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Melaka.

Suaminya, Looy Mohammad Brah, 34, turut mengalami kecederaan parah dan mendapatkan di zon merah di hospital sama.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, kemalangan berlaku selepas motosikal ditunggangi pasangan itu melanggar bahagian belakang sebuah kereta.

Katanya, nahas berlaku ketika mangsa yang merupakan peniaga restoran di Medan Selera Limbongan dalam perjalanan dari arah pasar raya Lotus menghala ke Malim.

“Setiba di lokasi motosikal pasangan itu telah melanggar bahagian belakang kanan kereta jenis Mazda CX-5 dipandu kerani berusia 47 tahun dari arah sama.

“Akibat kemalangan itu, pembonceng wanita telah tercampak ke tengah jalan, manakala suaminya ke lorong paling kanan,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI