fbpx

Pelajar tingkatan 1 hingga 6 ke sekolah mulai 4 April- Radzi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Semua pelajar tingkatan 1 hingga 6 akan menjalani sesi pembelajaran secara PdPR selama dua minggu bermula 21 Mac ini, kata Menteri Kanan (Pendidikan) Datuk Dr. Radzi Jidin.

Menurutnya, mereka akan hadir ke sekolah dan menjalani sesi pembelajaran secara bersemuka tanpa penggiliran bermula 4 April ini.

“Bagi sekolah berasrama sepenuhnya pula, murid yang perlu hadir ke sekolah tanpa penggiliran adalah murid Tingkatan 1, 2, 3, 4, 5, 6, pra universiti, International Baccalaureate Diploma Programme (IBDP) dan peperiksaan setara.

“Manakala, murid Tingkatan 1 yang berjaya memasuki sekolah berasrama boleh memilih sama ada menjalani PdPR atau menumpang di sekolah harian berdekatan sehingga tarikh kemasukan ke sekolah diumumkan.

“Bagi sekolah swasta berasrama sepenuhnya dan mempunyai kapasiti menguruskan murid, mereka boleh beroperasi sepenuhnya termasuk murid baharu Tingkatan 1,” katanya.

Bagi kolej vokasional dan kolej matrikulasi pula, katanya, sesi persekolahan berlangsung tanpa penggiliran dan mengikut takwim pengajian akademik masing-masing.

Manakala, bagi Institut Pendidikan Guru (IPG) pula, Radzi berkata, pelajar perlu hadir tanpa penggiliran mengikut takwim akademik masing-masing.

“Ia membabitkan Program Persedian Ijazah Sarjana Muda Perguruan, Program Ijazah Sarjana Perguruan, Program Diploma Pascasiswazah, Program Diploma Perguruan Malaysia dan Program Intervensi Tambah Opsyen,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI