fbpx

Sekolah tetap dibuka 21 Mac ini – Radzi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan sesi persekolahan Penggal 1, Kalendar Akademik Sesi 2022/2023 bagi semua sekolah di seluruh negara akan bermula 21 Mac ini.

Bagaimanapun, masih ada murid yang perlu hadir ke sekolah secara bersemuka, penggiliran dan mengikuti proses Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR).

Radzi

Menteri Kanan (Pendidikan) Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, bagi sekolah rendah dengan murid melebihi 600 orang, murid yang hadir ke sekolah tanpa penggiliran adalah murid berkeperluan khas (MBK), Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), Tahun 1, Tahun 2, Tahun 6 dan semua murid penerima Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

Beliau berkata, murid Tahun 3, Tahun 4 dan Tahun 5 pula akan hadir secara penggiliran dan ketetapan sama turut terpakai bagi sekolah swasta, sekolah ekspatriat serta sekolah antarabangsa.

“Bagi sekolah rendah yang jumlah muridnya di bawah 600 orang, semua murid sekolah rendah harian dan sekolah swasta perlu hadir tanpa penggiliran.

“Sekolah rendah swasta termasuk sekolah ekspatriat dan sekolah antarabangsa dengan jumlah murid melebihi 600 boleh mengemukakan permohonan kepada KPM untuk beroperasi sepenuhnya,” katanya menerusi rakaman video di laman Facebook, hari ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI