fbpx

Hujan lebat, ribut petir di Sabah dan Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan keadaan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang bagi negeri Sabah dan Sarawak pagi ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, di Sarawak, keadaan itu diramal berlaku bagi kawasan Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu (Tatau) serta Miri (Subis dan Miri).

Manakala di Sabah pula melibatkan dua daerah iaitu Sandakan (Beluran) dan Kudat.

Sehubungan itu, MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir bagi kawasan-kawasan berkenaan dan meramalkan cuaca buruk tersebut akan berlarutan sehingga pukul 9 pagi nanti.

Oleh itu, orang ramai di daerah terlibat dinasihatkan untuk berhati-hati dan mengelakkan dari melakukan aktiviti air dan laut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI