fbpx

YBR salur bantuan pendidikan RM210,000 buat pelajar di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Imran (tiga dari kanan) menyampaikan bantuan kepada salah seorang penerima

PETALING JAYA- Yayasan Bank Rakyat (YBR) menyediakan peruntukan bantuan pendidikan sebanyak RM210,000 yang akan memanfaatkan seramai 1,400 pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi sekitar Tanjung Karang, Sungai Besar dan Sabak Bernam di Selangor.

Menurut kenyataan akhbar dikeluarkan YBR, pemberian bantuan pendidikan itu dibuat sempena dengan pembukaan semula sesi persekolahan selain kemasukan pelajar semester baharu bagi peringkat pengajian tinggi.

Mohd. Imran (dua dari kanan) dan Widiawati (kanan sekali) ketika menyampaikan bantuan kepada penerima

“YBR memperuntukkan sebanyak RM110,000 kepada pelajar keluarga berpendapatan rendah
yang telah menerima tawaran kemasukan ke peringkat universiti, manakala RM100,000 lagi dikhususkan untuk murid memulakan sesi persekolahan baharu.

“Selain misi membantu pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan terutamanya masyarakat luar bandar, pedalaman dan miskin bandar melanjutkan pengajian, inisiatif ini juga diharap meringankan beban ibu bapa yang terkesan akibat Covid-19,” katanya di sini tadi.

Jelas kenyataan itu lagi, program bantuan seperti itu dilihat mampu mengurangkan bebanan kewangan ditanggung ibu bapa dan pelajar sebelum mereka mendapat mana-mana dana untuk meneruskan pengajian sedia ada dan juga sesi persekolahan.

“Diharapkan inisiatif bantuan pendidikan ini menjadi pendorong kepada organisasi-organisasi lain untuk turut sama membantu dalam memberi bantuan tanpa mengira bentuk atau nilai sumbangan.

“Bantuan Awal Pengajian yang memberi fokus membantu pelajar kurang berkemampuan terutama B40 turut membuka peluang kepada mereka untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di negara ini,” jelasnya.

Terdahulu, penyampaian bantuan itu disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, Datuk Mohd. Imran Tamrin serta dihadiri Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR, Widiawati Abudzar. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI