fbpx

Vettel akui hampir tinggalkan F1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Vettel mengakui dia hampir membuat keputusan untuk bersara sebelum Racing Point hadir memberikannya tawaran.

LONDON – Pelumba Ferrari, Sebastian Vettel mengakui dia hampir membuat keputusan untuk bersara sebelum Racing Point memberinya tawaran untuk ­ber­aksi musim depan.

Ketika ditanya apakah dia hampir meninggalkan F1 selepas Ferrari tidak memperbaharui kontraknya, Vettel mengakui perkara itu berada dalam fikirannya.

“Sangat hampir untuk me­ninggalkan F1. Ia sangat hampir dalam aspek beberapa perkara yang berlegar dalam fikiran ketika itu dan apabila memikirkan mengenai beberapa keutamaan lain.

“Namun, saya meletakkan diri sebagai keutamaan dan apa yang lebih baik untuk diri sendiri. Apa yang saya lakukan ketika ini saya percaya ia adalah terbaik dan sentiasa mahu memajukan diri pada masa depan,” katanya.

Vettel terpaksa menerima hakikat ‘jodohnya’ bersama Ferrari berakhir selepas pasukan itu membuat keputusan menamakan Carlos Sainz Jr. sebagai pelumba baharu mereka yang akan bergandingan bersama Charles Leclerc.

Vettel bakal menyertai pasukan Racing Point yang akan menggunakan nama Aston Martin F1 musim depan selepas pa­sukan itu menyingkirkan Sergio Perez.

“Saya sangat positif mengenai peluang Aston Martin F1 ber­saing musim depan dan saya mampu memberikan aksi terbaik.

“Pasukan ini memiliki potensi. Mereka mempunyai pasukan yang baik dan dikelilingi oleh mereka yang bijak. Saya sudah bersedia untuk membuktikan kepada mereka kemampuan yang saya ada dengan memberikan keputusan terbaik.

Vettel berdepan tahap kesukaran yang paling kemuncak ketika ini apabila gagal memberikan hasil terbaik selain berdepan masalah besar dengan jentera yang dipandunya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI