fbpx

Jeneral perang Rusia dibunuh penembak tepat di Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sukhovetsky merupakan pegawai paling kanan tentera Rusia yang terkorban sejak Putin melancarkan serangan ke atas Ukraine pada 24 Februari lalu. - East2West

KIEV – Seorang jeneral perang kanan  Rusia dilaporkan ditembak mati oleh penembak tepat Ukraine semasa pertempuran di lapangan terbang Hostomel Airfield yang terletak kira-kira 48.2 kilometer dari bandar raya Kiev, lapor akhbar The Sun semalam.

Mejar Jeneral Andrei Sukhovetsky merupakan pegawai paling kanan tentera Rusia yang terkorban sejak Presiden Vladimir Putin melancarkan serangan ke atas Ukraine pada 24 Februari lalu.

Kematiannya diumumkan oleh sebuah kumpulan veteran perang Rusia semalam serta rakan sepasukannya, Sergey Chipilyov di laman media sosial.

Sumber tentera turut mengesahkan bahawa beliau terbunuh akibat terkena tembakan penembak tepat.

Kematian Sukhovetsky dilaporkan berkemungkinan punca tentera Rusia gagal menawan lapangan terbang itu selain serangan terhadap Kiev dihentikan.

Sementara itu, Putin turut mengesahkan kematian Sukhovetsky selain Kremlin memberitahu bahawa seramai 498 askar Rusia telah terkorban dalam peperangan tersebut, manakala lebih 1,500 lagi cedera. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI