fbpx

Petronas pacu BAM buru emas Olimpik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORZA (tengah, barisan belakang) bergambar bersama pengurusan Petronas dan BAM pada majlis penajaan bersama Petronas di Bukit Kiara, Kuala Lumpur semalam.

PETRONAS sekali lagi meneruskan misi mereka untuk melon­jakkan industri sukan negara selepas sah menjalinkan kerjasama bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Kerjasama tersebut kali pertama dalam sejarah BAM apabila Petronas dan Petronas Dagangan Berhad (PDB) menjadi penaja kepada badan induk badminton negara itu bagi tempoh tiga tahun.

Pastinya kerjasama itu tonik terbaik dalam misi Malaysia kembali menjadi kuasa besar badminton dunia selain mampu membantu skuad negara mela­kukan persiapan ke Sukan ­Olimpik Paris 2024.

Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, pihaknya berbangga dapat be­kerjasama dengan Petronas, sekali gus melonjakkan semangat pemain terutama dalam misi memburu pingat emas pertama Malaysia pada Sukan Olimpik.

“Kerjasama dengan Petronas adalah satu sejarah buat BAM. Pasti kehadiran Petronas akan menggegar dunia badminton.

“Bagi BAM, kerjasama ini tepat kerana kami sedang membuat persiapan berdepan beberapa siri kejohanan utama seperti Sukan SEA, Sukan Asia, Sukan Komanwel, Piala Thomas, Piala Uber serta Sukan Olimpik 2024.

“Pastinya pemain akan mendapat manfaat daripada kerjasama ini, sekali gus dapat menghantar lebih ramai pemain termasuk pemain muda ke luar negara sebagai pendedahan,” katanya pada majlis penajaan Petronas di Bukit Kiara semalam.

Ditanya mengenai nilai tajaan selama tiga tahun itu, Norza menegaskan, ia adalah penajaan terbesar dalam sejarah BAM.

“Terima kasih dengan sumbangan besar ini dan kami boleh mengalihkan tumpuan kepada objektif utama untuk menjadikan Malaysia salah satu kuasa badminton dunia,” tambahnya.

Sebelum ini BAM menerima penajaan bernilai RM55 juta daripada syarikat peralatan sukan terkemuka, Yonex Sunrise.

Menerusi majlis penajaan itu, logo Petronas turut dipaparkan pada jersi skuad badminton negara menjelang kejohanan Seluruh England (All England) pada 16 hingga 20 Mac ini.

Petronas juga menjadi penaja utama kejohanan di Malaysia pada 28 Jun-3 Julai depan.

Lebih menarik, Akademi Badminton Malaysia (ABM) kini dikenali sebagai Petronas ABM.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI