fbpx

Ramai penduduk Tumpat enggan vaksin Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Zaki (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kotak makanan kurniaan Tengku Mahkota Kelantan kepada imam Masjid Mukim Simpangan Hilir, Tumpat hari ini. FOTO: ROHANA MOHD. NAWI

TUMPAT – Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan menerima sebanyak 157 laporan membabitkan 441 individu yang dipercayai enggan menerima vaksin Covid-19 di negeri ini.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 94 laporan dibuat sendiri oleh ibu bapa yang tidak mahu anak mereka disuntik vaksin manakala lima lagi laporan daripada penuntut institusi pengajian tinggi.

Menurutnya, berdasarkan laporan yang diterima, penduduk di daerah Tumpa paling ramai enggan divaksin diikuti Kota Bharu dan Pasir Mas.

“Ibu bapa memberi pelbagai alasan dengan kebanyakannya bimbang anak mereka akan menerima kesan sampingan selain merasakan tidak memerlukan suntikan itu.

“Bagi dos penggalak untuk warga emas, mereka memberi alasan sudah cukup dengan dua dos vaksin dan merasakan tidak perlu vaksin tambahan. Ada juga golongan itu memberi alasan takut mati jika disuntik dos penggalak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan 100 kotak makanan kurniaan Tengku Mahkota Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra kepada penduduk di Kampung Simpangan di sini hari ini.

Mengulas berhubung perkembangan banjir, Muhamad Zaki berkata, Kelantan mencatatkan seramai lima orang mangsa yang lemas akibat bencana itu termasuk penemuan mayat seorang lelaki orang kelainan upaya di Pasir Mas semalam.

Tambahnya, tiada laporan diterima berkaitan kejadian pecah rumah dan kecurian di kawasan banjir kali ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI