fbpx

UMNO terbuka, lapang dada terima mereka yang ingin kembali kepada parti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid ketika berucap selepas Ketua Bahagian Bersatu Mersing, Laili Yusof mengumumkan keluar parti di Endau, Mersing hari ini.

MERSING – UMNO berlapang dada menerima mereka yang ingin kembali kepada parti itu atas dasar untuk bersama-sama perjuangan membela masyarakat Melayu.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata UMNO sebuah parti terbuka sekiranya tidak mahu menyertai UMNO, Barisan Nasional (BN) ada klausa untuk menerima mereka sebagai ahli langsung.

“Insya-Allah bukan dengan hanya ada peraturan dalam UMNO, UMNO lapang dada terima mereka kembali atas dasar perjuangan membela masyarakat Melayu.

“Terima kasih pada saudara Mazlan Bujang dan Laili Yusof. UMNO sebuah parti terbuka malah kalau tak nak terus masuk UMNO, dalam BN ada klausa untuk terima mereka sebagai ahli langsung. Ini dua pentas boleh gunakan,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap selepas Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Mersing, Laili Yusof mengumumkan keluar parti di Endau hari ini.

Pengumuman keluar parti dibuat pada majlis makan tengahari yang turut dihadiri mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan calon BN DUN Endau, Mohd. Youzaimi Yusof.

Ahmad Zahid berkata akan lebih ramai lagi mereka yang akan mengikut jejak Laili, bukan sahaja dari Mersing tetapi juga dari Kota Tinggi, Pengerang serta seluruh Johor.

Beliau juga mengingatkan kepada mereka yang mahu membuat keputusan itu agar tidak perlu tunggu sehingga 12 Februari.

Sementara itu, Najib berkata tindakan Laili mengumumkan keluar dari parti Bersatu merupakan satu gambaran amat memberangsangkan buat UMNO.

“Sebagai manusia biasa kita tidak sunyi dari kekhilafan dan kesilapan. Kita sebagai manusia mesti ada sifat kemaafan sesama insan.

“Saya dan rakan-rakan dalam BN kita terima sesiapa yang ingin kenbali ke landasan perjuangan bersama kita. Saya harap ini akan memberi satu isyarat yang jelas kepada yang lain,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI