fbpx

Osaka buru gelaran kedua di AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OSAKA memburu gelaran Terbuka AS buat kali kedua selepas mara ke pentas final.

NEW YORK – Bintang tenis Jepun, Naomi Osaka semakin hampir untuk melengkapkan gelaran kedua Grand Slam Terbuka Amerika Syarikat (AS) selepas melangkah ke pentas final awal pagi semalam.

Pemain pilihan keempat dan juara 2018 itu dipaksa berhem­pas pulas untuk menundukkan pemain tuan rumah, Jennifer Brady sebelum meraih kemena­ngan 7-6 (7-1), 3-6, 6-3 pada perlawanan yang berlangsung selama dua jam lapan minit di Stadium Arthur Ashe.

“Saya lega dapat melepasi pe­ringkat separuh akhir ini ke­rana saya telah melakukan sebaik mungkin untuk mara ke pentas final.

“Pada set ketiga saya perbaiki cara permainan terutama menerusi pukulan servis dan mungkin menjadi kunci kejayaan saya pada hari ini.

“Kemenangan amat bermakna buat saya kerana saya pernah meraikan kemenangan di sini sebelum ini,” kata Osaka.

Meskipun melalui perlawanan yang sukar, Osaka mengakui le­bih selesa beraksi di Terbuka AS.

“New York seperti rumah kedua saya dan saya sangat suka suasana di sini. Walaupun kali ini beraksi tanpa penonton, saya dapat rasakan gelanggang ini sangat sesuai dengan corak permainan saya dan berasa sangat selesa,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI