fbpx

Gadis 13 tahun diculik selepas berkenalan dengan lelaki menerusi aplikasi permainan video

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SIASATAN BBC bulan lalu mendapati pengguna di Roblox mencipta ruang seksual eksplisit yang dipanggil ‘permainan kondo’ yang membenarkan aktiviti tidak sesuai antara kanak-kanak dan orang dewasa. - Getty

TOPEKA, KANSAS – Seorang gadis di Amerika Syarikat (AS) yang berusia 13 tahun selamat pulang ke rumahnya selepas diculik oleh lelaki yang dikenali melalui aplikasi permainan video kanak-kanak Roblox, lapor Badan Penyiaran British (BBC).

Polis menahan Howard Graham selepas suspek didapati menghasut gadis itu untuk meninggalkan rumahnya di negeri Kansas walaupun mereka hanya bercakap dalam aplikasi itu selama dua hari.

Lelaki berusia 33 tahun itu didakwa atas tuduhan pemerdagangan seks, penculikan dan rogol. 

Aplikasi Roblox membenarkan pemainnya bermain dengan rakan atau orang yang tidak dikenali. Dengan kira-kira 150 juta pengguna bulanan, ia menjadi salah satu permainan kanak-kanak paling popular  di dunia.

Menurut ketua polis tempatan, John Ivey pada satu sidang akhbar, Graham dan gadis itu berkenalan menerusi aplikasi berkenaan pada 18 Februari lalu. 

Polis  berkata, gadis itu menyelinap keluar dari rumahnya di bandar Topeka dua hari kemudian. Dia dijemput oleh Graham dan dibawa ke rumah lelaki tersebut di daerah Clayton, Georgia sejauh 1,448.4 kilometer.

Beberapa hari berikutnya, mangsa mengalami serangan seksual beberapa kali. 

Polis berkata, gadis itu mengirim mesej kepada ibunya melalui Roblox dengan menghantar alamat sebuah kedai tempat dia dibawa. Graham kemudian ditangkap oleh polis pada 1 Mac lalu.

Polis masih menggeledah barang-barang kepunyaan Graham untuk mengenal pasti sama ada suspek menyasarkan kanak-kanak lain atau tidak. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI