fbpx

Klopp terpaksa ubah kesebelasan utama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOTA (kanan) dan Diaz menjadi dilema buat Klopp apabila kedua-dua mereka berjaya mempamerkan aksi cemerlang ketika ini. – AFP

LIVERPOOL – Skuad kendalian Jurgen Klopp, Liverpool akan kembali mengharungi aksi Liga Perdana Inggeris menentang West Ham United selepas meraih kejuaraan Piala Liga Inggeris dan mara ke pusingan kelima Piala FA.

The Reds akan turun berdepan The Hammers awal pagi esok di Anfield dengan misi untuk membalas dendam kekalahan di London sebelum ini selain skuad bimbingan David Moyes itu me­rupakan salah satu daripada dua pasukan yang pernah menewaskan mereka musim ini.

Kemenangan pada aksi itu nanti juga sangat penting buat Liverpool ketika mereka kini sedang mengintai peluang untuk memintas Manchester City yang bakal mengharungi aksi derbi menentang Manchester United awal pagi Isnin nanti.

Selepas mengharungi dua aksi yang memenatkan minggu ini, Klopp mungkin akan membuat beberapa perubahan barisan pemain ketika mereka juga bakal menantikan kunjungan Inter Milan pada aksi Liga Juara-Juara Rabu depan.

Ketika ini, Liverpool masih tidak dapat menurunkan khidmat Curtis Jones, Roberto Firmino dan Thiago Alcantara kerana masih berdepan kecederaan, tetapi Klopp dipercayai akan menurunkan benteng terkuat mereka untuk aksi kali ini.

Virgil Van Dijk, Joel Matip, Trent Alexander-Arnold dan Andy Robertson sudah pasti akan mengisi posisi berkenaan untuk memastikan gawang mereka tidak bolos dan mampu me­raih kemenangan menentang West Ham.

Klopp juga mungkin tidak akan menurunkan kaptennya, Jordan Henderson yang beraksi pada perlawanan final EFL dan Norwich sebelum ini, sebaliknya mungkin akan menyenaraikan Fabinho.

Bagaimanapun, apa yang memeningkan Klopp ketika ini adalah untuk memilih sama ada Diogo Jota ataupun Luis Diaz apabila masing-masing berjaya mempamerkan aksi yang cemerlang setakat ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI