fbpx

Garuda bawa pulang 80 rakyat Indonesia dari Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SERAMAI 80 rakyat Indonesia berjaya dibawa pulang dari Ukraine menggunakan pesawat Garuda Indonesia. - ANTARA/HO-Garuda Indonesia

JAKARTA – Syarikat penerbangan Garuda Indonesia berjaya membawa pulang sekurang-kurangnya 80 rakyat negara itu dari Ukraine dan tiga warga asing yang merupakan keluarga mereka dalam kumpulan itu, lapor saluran berita Liputan6 kelmarin.

Pengarah Utama Garuda Indonesia, Irfan Setiaputra berkata, penerbangan itu dikendalikan susulan pemindahan rakyat Indonesia daripada situasi konflik di Ukraine. 

Kementerian Luar Indonesia memulakannya dengan menggunakan penerbangan syarikat berkenaan yang dikendalikan oleh armada A330-200.

“Pesawat itu diterbangkan dari Bucharest, Romania iaitu wilayah yang bersebelahan dengan Ukraine ke Jakarta di Indonesia,” kata Irfan dalam kenyataannya seperti dilaporkan oleh agensi berita Antara.

Menurut beliau, pesawat itu bertolak dari Lapangan Terbang Henri Coanda di Bucharest, Romania Rabu lalu pada pukul 4.10 petang (waktu tempatan). 

Ia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta kelmarin pada pukul 6 petang (waktu tempatan) setelah melakukan transit di Madinah.

“Menjadi satu keperluan untuk Garuda Indonesia sebagai pembawa bendera negara untuk mengambil bahagian dalam peranan aktif negara dalam memberikan perlindungan terhadap rakyatnya melalui salah satu misi menghantar pulang warga negara ini,’’ jelas Irfan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI