fbpx

Mahkamah benar permohonan injunksi ad-interim PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini membenarkan permohonan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk mendapatkan injunksi ad-interim (sementara) terhadap pemilik sebuah portal berita yang memerintahkannya memadamkan artikel yang dikatakan memfitnahnya.

Permohonan perintah ad-interim tersebut dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Evrol Mariette Peters sementara menunggu pendengaran injunksi inter-parte (kedua-dua belah pihak) yang akan didengar pada 27 April ini.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh peguam Joshua Tan yang mewakili Ismail ketika dihubungi media di sini hari ini selepas prosiding pengurusan kes yang dijalankan secara dalam talian.

“Dalam prosiding hari ini kami turut menyebut bagi pihak defendan (Muhamad Izwan Mohd. Zubit). Defendan memaklumkan pihaknya memerlukan masa untuk memfailkan afidavit jawapan kerana baru melantik peguam. Mahkamah membenarkan permohonan itu.

“Mahkamah juga benarkan lanjutan perintah injunksi ad-interim (sementara) sementara menunggu keputusan permohonan injunksi inter- parte (kedua-dua belah pihak) yang akan didengar pada 27 April ini,” kata Joshua.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, pada 30 Januari lalu, defendan telah menerbitkan satu artikel bertajuk “Ismail Sabri bimbang jadi PM paling singkat, ‘rayu’ jangan tarik sokongan” yang dikatakan berbaur fitnah.

Artikel terbabit juga telah diterbitkan semula dalam sebuah laman sesawang yang boleh diakses oleh orang awam.

Ismail dalam penyataan tuntutannya turut menyatakan, artikel terbabit antara lain menggambarkan dirinya sebagai seorang yang tidak jujur dan terdesak untuk kekal menjadi Perdana Menteri dalam apa juga cara sehingga sanggup membelakangkan . – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI