fbpx

NPC akan diwujudkan di setiap negeri secara berperingkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Sumber Manusia (KSM) memaklumkan, Pusat Penempatan Pekerjaan atau National Placement Centre (NPC) akan diwujudkan di setiap negeri secara berperingkat.

Menterinya, Datuk Seri M. Saravanan berkata, pusat itu akan dikendalikan oleh KSM dan ia akan menyokong usaha kerajaan mewujudkan 600,000 peluang pekerjaan seperti diumumkan dalam Bajet 2022.

Beliau berkata, syarikat-syarikat yang ingin menawarkan peluang pekerjaan boleh menggunakan pusat sehenti ini untuk bertemu dengan pencari kerja.

“Ia juga menyediakan program latihan kemahiran dan pembangunan kemahiran serta menawarkan penempatan pelatih atau latihan praktikal.

“NPC juga akan menyediakan kemudahan berkaitan dengan proses pengambilan pekerja termasuk khidmat kaunselor kerjaya, laluan kerjaya dan kursus pembangunan kemahiran,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya, individu yang melawat pusat tersebut juga boleh membuat pendaftaran di portal MYFutureJobs bagi mendapatkan akses yang lebih luas kepada peluang pekerjaan di seluruh negara.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI