fbpx

Tiada keperluan restoran makanan 24 jam 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jawahir Ali (kiri) dan Che Hassan meneliti laporan PPMM selepas Mesyuarat Agung PPPM di Kelab Tasik Putrajaya, hari ini.

Oleh SUBKHI SUDARJI

PUTRAJAYA – Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) menyifatkan tiada keperluan untuk  melanjutkan waktu perniagaan restoran makanan selama 24 jam.

Presidennya, Datuk Jawahar Ali Taib Khan berkata, kebenaran operasi sedia ada iaitu sehingga pukul 2 pagi yang diguna pakai ketika ini sudah mencukupi malah bersesuaian dengan norma baharu.

“Presma menyambut baik pengumuman kerajaan mengenai lanjutan waktu operasi perniagaan sehingga jam 2 pagi yang diumumkan semalam (kelmarin).

“Tempoh waktu maksimum itu mencukupi bagi perniagaan serta bersesuaian dengan situasi Covid-19 sekarang, justeru saya rasa tidak perlu lanjutan atau kebenaran sehingga 24 jam seperti sebelum ini,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Minum Petang dan Mesyuarat Agung Luar Biasa Persatuan Pengguna Melayu Malaysia (PPMM), di Kelab Tasik Putrajaya, di sini hari ini.

Turut hadir Presiden PPMM Che Hassan Che Johan.

Sementara itu, Jawahar Ali yang juga Penasihat PPMM menjangkakan pertambahan masalah pengguna selepas tamat tempoh moratorium bulan depan.

“Dengan tempoh moratorium yang bakal tamat bulan depan, kami menjangkakan akan berlakunya pertambahan mangsa ceti haram dan masalah lain kerana orang ramai sudah perlu melunaskan komitmen seperti biasa.

“Kami di PPMM ini mempunyai tanggungjawab untuk mendidik pengguna termasuk kesedaran kepenggunaan agar segala urusan berjalan dengan lancar,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI