fbpx

‘Aksi mesra, saya ikut skrip’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Aktres sensasi, Ruhainies tidak pernah menganggap aksi mesra lakonannya sebagai isteri atau kekasih menerusi mana-mana drama selama ini sebagai keterlaluan atau gedik seperti yang diperkatakan ramai.

Pemilik nama sebenar, Nur Ruhainies Farehah Zainul Il­yas, 29, sebaliknya berkata, dia masih berpada-pada dan setiap gerak-gerinya hanya mengikut kehendak skrip.

“Soal aksi melampaui batas dalam drama yang dikatakan itu, saya hanya boleh cakap semua­nya bersandarkan keperluan dan ikut skrip.

“Sebagai pelakon, saya kena ikut kehendak skrip. Kalau dalam naskhah berkenaan minta watak yang saya bawakan adalah bermesra, saya minta pandangan pengarah dahulu sebelum buat.

“Bagi saya, setakat ini rasanya tiada lagi aksi yang melampaui batas. Jika diminta tonjol watak dan perwatakan yang menyerlahkan karakter sebagai isteri atau kekasih, saya sedia.

“Itu semua sekadar lakonan dan sebahagian daripada kerja, asalkan tidak berlebihan,” katanya pada sidang akhbar drama Sayang Tak Dikenang semalam.

Terdahulu, adik kepada pelakon Risteena Munin itu mencuri perhatian netizen selepas dilihat terlalu bermesra-mesra dengan hero gandingannya, Zul Ariffin menerusi drama Wifi Sebelah Rumah.

Tidak hanya menerusi lakonan, kemesraan Ruhainies dan Zul juga terbawa-bawa sehingga keluar dari lokasi penggambaran apabila beberapa video mereka dimuat naik seorang pengguna di platform TikTok.

RUHAINIES

Menerusi video pendek tersebut, kedua-dua bintang itu dilihat berpegangan tangan dan berpelukan ketika berada di sebuah pusat beli-belah di ibu kota.

Adegan tersebut mengundang pelbagai reaksi sehingga ada yang menyifatkan mereka sebagai pasangan kekasih.

Ruhainies bagaimanapun men­jelaskan, keintimannya de­ngan Zul sekadar regu gandingan dan tidak lebih daripada sebagai hubungan profesional.

Terbaharu, Ruhainies akan membawakan watak isteri teraniaya, Ayu Izhani bergandingan de­ngan aktor tampan, Fadlan Hashim yang membawakan watak suami, Raqib Tafzani menerusi drama Sayang Tak Dikenang.

“Kami sebenarnya sekepala dengan ada saja idea untuk me­ngenakan satu sama lain. Kiranya keserasian antara kami memang tidak ambil masa panjang.

“Mungkin sebab ini bukan kali pertama kami bekerjasama, cuma buat julung-julung kali saya dan Fadlan digandingkan sebagai suami isteri.

“Dalam drama ini sama ada saya pun akan dibenci penonton, kita tengok nanti sebab Ayu seorang pemaaf walaupun dilayan suaminya dengan teruk,” katanya lagi.

Sayang Tak Dikenang arahan Feroz Kader bakal disiarkan bermula 4 Mac ini setiap hari di TV3 mulai pukul 7 malam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI