fbpx

Fokus Chelsea tidak terganggu – Tuchel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROMELU LUKAKU (kanan) turut mencetak nama selaku penjaring ketika Chelsea berjaya mencatat kemenangan 3-2 ke atas Luton Town awal pagi semalam. – AFP

LONDON – Keputusan Roman Abramovich untuk menjual Chelsea langsung tidak menjejaskan prestasi dan fokus mereka untuk terus memburu kejayaan.

Pengurus The Blues, Tho­mas Tuchel berkata, keputusan itu sebaliknya menghadirkan perubahan besar kepada pasukan termasuk kejayaan 3-2 ke atas Luton Town di pusingan kelima Piala FA awal pagi semalam.

“Masih terlalu awal untuk saya berbicara tentang perkara ini. Pasukan belum lagi ‘karam’ dan ini perubahan besar.

“Ia satu berita yang agak mengejutkan, namun saya tidak pernah takut dengan perubahan. Saya hanya boleh beri tumpuan kepada apa yang saya mampu,” katanya.

Tuchel juga mengesahkan yang beliau belum lagi berkesempatan bercakap dengan Abramovich sejak The Blues memenangi Piala Kelab Dunia di Abu Dhabi bulan lalu.

“Kami mendengar khabar angin setiap hari, semua orang bercakap mengenainya. Kita tunggu dan lihat apa yang menanti pasukan selepas ini.

“Saya fikir keputusan ini adalah yang terbaik dan saya tiada sebarang komen. Semua pemain miliki capaian internet tetapi kami juga akan cuba kekal fokus,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI