fbpx

Sesi sekolah 21 Mac, bersemuka atau PdPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan Raden Siti Nur Shuhadah Naharudin (kanan) membetulkan topeng muka anaknya Emmel Rayqarl Ibrahim (kiri) sambil diperhatikan oleh Harris Hayden Ibrahim di SK Angkatan Tentera, Johor Bahru. - Gambar hiasan

Cuti sekolah selama 24 hari baru sahaja bermula. Mengikut takwim Kementerian Pendidikan, kesemua pelajar akan memulakan sesi persekolahan 2022/2023 pada 20 Mac dan 21 Mac ini.

Ketika ini kita boleh lihat ada ibu bapa sedang rancak membuat persiapan. Buku dan alat tulis wajib dibeli, pakaian seragam pula sekurang-kurangnya sepasang yang baharu.

Namun ada yang ambil pendekatan tunggu dan lihat, mereka takut sekiranya Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dikuatkuasakan semula.

Pembukaan penggal ketiga sesi 2021/2022 pada 1 Januari lalu menyaksikan lonjakan kes Covid-19 kluster pendidikan dalam masa 25 hari.

Lebih 4,600 kes dilaporkan dan berdasarkan siasatan ia berpunca daripada ketidakpatuhan SOP (prosedur operasi standard) warga institusi pendidikan semasa di sekolah dan di luar waktu persekolahan.

Selain itu, individu yang bergejala lewat dikesan dan masih hadir ke kelas seterusnya menyebabkan orang lain dijangkiti virus tersebut.

Pada satu peringkat, lonjakan kes terutamanya di sekolah berasrama sangat membimbangkan sehingga tindakan penutupan terpaksa dilaksanakan.

Situasi itu menyebabkan ada yang mengambil pendekatan ‘merehatkan’ anak-anak di rumah.

Satu yang perlu diingati peningkatan kluster ini berlaku ketika kaedah penggiliran dilaksanakan di sekolah-sekolah.

Bayangkan jika kaedah bersemuka untuk semua pelajar dikuatkuasakan pada sesi 2022/2023. Apakah kita semua bersedia untuk sebarang kemungkinan?

Ketika ini kita sedang menunggu kata putus Kementerian Pendidikan berhubung kaedah pembelajaran yang akan digunakan.

Dua tahun pandemik, penulis pasti orang-orang kementerian sudah masak dengan permainan Covid-19 yang sekejap naik tinggi dan kemudian turun semula.

Pada hemat penulis, kaedah penggiliran langkah terbaik yang perlu ditekankan Kementerian Pendidikan berbanding PdPR.

Namun apa yang penting adalah pengisian pada pelajar yang direhatkan, jangan dibiarkan mereka tanpa kerja sekolah.

Ketika ini, individu yang menjadi kontak rapat tidak lagi perlu dikuarantin melainkan dirinya bergejala, cukup dengan melakukan ujian kendiri.

Apa yang menjadi persoalan, kebanyakan kes dikesan pada hari ketiga, kelima malah ada hari ketujuh dan ketika itu mereka telah pun bergaul dengan semua orang.

Situasi ini menakutkan apabila anak-anak dijangkiti. Cuti sudah lebih 20 hari, sudah pasti sudah jauh mereka berjalan. Jujurlah pada diri, jangan ke sekolah jika tidak pasti mengenai tahap kesihatan masing-masing.

Apa yang penting, kita tidak mahu lagi situasi sekejap buka sekolah sekejap tutup. Kita tidak mahu ramai pelajar tercicir dan gagal menguasai pelajaran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI