fbpx

Polis rampas dadah RM5.16j untuk kegunaan parti liar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZAINUDIN (tengah) menunjukkan dadah bernilai RM5.16 juta yang dirampas polis pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Dua sindiket memproses dan mengedar dadah untuk kegiatan parti liar dilumpuhkan selepas polis merampas pelbagai dadah bernilai RM5.16 juta dalam dua operasi berasingan di sekitar Lembah Klang.

Operasi pada Selasa dan Rabu lalu membabitkan 15 serbuan itu membawa kepada penemuan sebuah kediaman yang dijadikan makmal proses dadah di Damansara.

Selain itu, seramai 17 individu termasuk dua wanita warga Vietnam yang berusia lingkungan 28 hingga 59 tahun turut ditahan dalam serbuan tersebut.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Deputi Komisioner Polis Zainudin Ahmad berkata, hasil siasatan mendapati kesemua dadah yang dirampas untuk pasaran tempatan khususnya bagi mereka yang menganjurkan parti liar secara persendirian.

Katanya, siasatan lanjut mendapati dua sindiket itu sudah beroperasi sejak tiga bulan lalu dan mendapat tempahan dadah menerusi aplikasi WeChat dan WhatsApp sebelum ia dihantar secara peribadi penagih.

“Dalam sebuah itu, kita merampas pelbagai jenis dadah seberat 96 kilogram termasuk dadah ketamin, syabu, pil ekstasi, pil eramin 5, ganja dan mushroom yang dianggarkan bernilai RM5.16 juta.

“Turut disita pelbagai kenderaan, jam tangan, wang tunai, barang kemas dianggarkan berjumlah RM1.5 juta,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini.

Menurutnya lagi, seorang lelaki dan wanita yang masing-masing merupakan ketua kepada dua sindiket itu turut diberkas.

“Polis kini sedang memburu saki-baki ahli sindiket yang dipercayai masih bebas.

“Kesemua tangkapan direman sehingga 17 September ini bagi membantu siasatan,” ujarnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI