fbpx

Pemandu lori hayun kapak ke arah pegawai JPJ ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mulkiaman.

KUALA NERANG – Polis menahan seorang pemandu lori balak kerana disyaki menghayunkan kapak ke arah pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam kejadian di Simpang Tiga Kurung Hitam di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.50 pagi itu, suspek berusia lingkungan 50-an dikatakan naik berang dan enggan memberi kerjasama ketika diperiksa dua pegawai JPJ terbabit.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Mulkiaman Manzar berkata, dua pegawai penguat kuasa sebelum itu memberhentikan kenderaan di tepi lori sebelum suspek turun dan menunjukkan sekeping saman yang diterimanya pada Januari lalu.

“Pegawai JPJ terbabit seterusnya meminta lesen memandu dan kad pengenalan tetapi suspek enggan memberikan kerjasama,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, suspek turut merakamkan gambar kedua-dua pegawai JPJ terlibat dan berlaku pertengkaran mulut antara mereka.

“Suspek bertindak agresif dengan mengeluarkan kapak dari lorinya dan didakwa menghayunkannya ke arah pegawai JPJ,” ujarnya.

Katanya, pegawai JPJ bertindak pantas dengan merampas kapak tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI