fbpx

1,693 calon SPM Johor tidak hadir peperiksaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 1,693 calon SPM negeri Johor tidak dapat hadir menduduki peperiksaan susulan menjalani HSO di rumah kerana Covid-19. Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Seramai 1,693 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 di negeri ini tidak dapat mengambil peperiksaan tersebut yang bermula hari ini setelah mereka diarahkan untuk menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO).

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor, Mazlan Bujang berkata, jumlah itu melibatkan mereka yang tidak hadir hari pertama peperiksaan tersebut.

“Bagi Johor, sejumlah 1,693 calon SPM 2021 tidak hadir hari ini, melibatkan seramai 907 calon yang positif dan 786 calon yang dikuarantin.

“Kesemua mereka ini akan mengambil kertas peperiksaan yang tidak dapat diambil pada sidang kedua iaitu bulan April nanti,” katanya ketika dihubungi pemberita, di sini hari ini.

Bagi peperiksaan SPM 2021 ini, seramai 407,097 pelajar menduduki peperiksaan berkenaan di 3,000 pusat peperiksaan seluruh negara manakala seramai 50,317 daripada mereka merupakan calon di negeri ini.

Terdahulu, Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, calon SPM 2021 yang disahkan positif Covid-19 atau sedang berada dalam tempoh kuarantin akan dibenarkan menduduki peperiksaan berkenaan pada sidang kedua iaitu pada bulan April. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI