KUALA LUMPUR- Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi meminta Kementerian Kewangan untuk meluluskan pengeluaran i-Citra sebanyak RM10,000 secara ‘one-off’ di Dewan Rakyat hari ini.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, Kementerian Kewangan perlu meluluskan pengeluaran tersebut buat kali terakhir kerana ketika ini rakyat sangat memerlukan wang.
“Saya harap ini kali terakhir Kementerian Kewangan meluluskan pengeluaran tersebut. Dulu ada yang cakap cadangan saya ini ibarat meminang Puteri Gunung Ledang.
“Tetapi sekarang syukur kerana Ahli Parlimen yang bercakap begitu sebelum ini turut menyokong saya, sekali lagi Barisan Nasional (BN) minta diluluskan pengeluaran tersebut,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE