KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PH-Jelutong, RSN Rayer sekali lagi diperintah keluar Dewan selepas membuat gangguan ketika Datuk Seri Najib Tun Razak (BN-Pekan) menjalankan sesi bahas di Dewan Rakyat hari ini.
RSN Rayer diperintahkan oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohd. Rashid Hasnon untuk tidak berada dalam persidangan selama satu hari bermula hari ini.
“Saya arahkan bentara untuk jalankan tugas, kalau saya tidak sebut maknanya dua hari, ini saya sebut sehari,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE