PETALING JAYA – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan dividen bagi 2021 sebanyak 5.65 peratus bagi Simpanan Shariah dan 6.10 peratus untuk Simpanan Konvensional.
Perkara itu diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan tadi. KWSP mengisytiharkan kadar dividen sebanyak 6.10% untuk Simpanan Konvensional, dengan jumlah agihan dividen RM50.45 bilion. – KOSMO! ONLINE