fbpx

Penunggang motosikal selamba menyelit, tidak pakai topi keledar dikecam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman kamera papan pemuka yang tular di Facebook.

PETALING JAYA – Tindakan seorang penunggang motosikal memandu secara berbahaya mendapat kecaman daripada orang ramai.

Menerusi sebuah rakaman kamera papan pemuka yang dikongsi di Facebook Dashcam Owners Malaysia memaparkan, penunggang motosikal itu bukan sahaja berapa di lorong tidak sepatutnya malah dia juga kelihatan tidak memakai topi keledar.

“Kalau penunggang sendiri tak sayang nyawa, janganlah libatkan kami di lorong sebelah sini. Topi keledar tak pakai, nombor pendaftaran kecil. Mungkin sini kawasan kampung dia, sebab itu dia yakin sangat tak pakai topi keledar,” tulis kapsyen video berkenaan.

Menurut pengirim video itu, kejadian itu dirakam berhampiran Pekan Sungai Balang, Semerah, Johor.

Tinjauan Kosmo! di ruang komen mendapati rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan penunggang motosikal berkenaan yang bukan sahaja membahayakan nyawa sendiri malah bakal menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.

“Kalau berlaku kemalangan, terlanggar kenderaan lain, bukan dia sahaja yang susah tetapi pemandu lain yang tidak bersalah pun susah. Sayanglah nyawa dik,” kata Siti.

“Ini biasa berlaku di kawasan-kawasan kampung, baik yang muda ataupun tua memang yakin kepala cukup keras jadi mereka tidak mahu pakai topi keledar,” kata Ahmad.

“Tak apa, biarkan dia. Dia ada sembilan nyawa kan, kalau mati hari ini, esok hidup semula,” sindir Bai Akhbar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI