fbpx

Abang bomba selamatkan anak anjing dipuji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar seorang anggota bomba menyelamatkam seekor anak anjing yang terjatuh ke dalam sebuah longkang.

PETALING JAYA – Tindakan anggota anggota bomba menyelamatkan seekor anak anjing yang terjatuh ke dalam sebuah longkang besar mendapat pujian ramai selepas tular di media sosial.

Video memaparkan kegigihan anggota bomba itu mendapat perhatian daripada pengguna media sosial yang memuji keprihatinan anggota bomba berkenaan yang bukan sahaja berusaha berkhidmat kepada manusia malah turut membantu haiwan.

Menerusi rakaman berdurasi 29 saat yang dikongsi seorang anggota bomba, Izzat Azwan memaparkan seekor anak anjing berjaya diselamatkan selepas beberapa kali cuba melarikan diri daripada anggota bomba berkenaan kerana ketakutan.

“Comel reaksi anak anjing itu, terima kasih kerana sanggup bantu anak anjing tersebut,” kata Cindy.

“Memang mencabar kerja sebagai anggota bomba ini, bukan sahaja bantu manusia, haiwan pun mereka bantu,” kata Zubaidah.

“Terbaik abang bomba, hari itu anak kucing saya terjatuh dalam paip rumah, sampai ke pembentung abang bomba redah. Saya sangat hargai usaha mereka,” kata Stefanio.

Sehingga kini video tersebut telah ditonton lebih 260,000 kali dan dikongsi sebanyak 449 kali. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI